MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PPU SMK(A)SULTAN MUHAMMAD

Iklan-Iklan

Friday, September 16, 2011

Segalanya mesti ada permulaan.

Setiap sesuatu perkara itu mesti ada permulaan baginya,seperti manusia kita ada permulaannya juga,dari luh mahfuz hinggalah alam rahim dan sekarang alam nyata dan ia tidak berhenti begitu sahaja kita harus menempuh beberapa alam yang akan kita harungi sesungguhnya itu pasti berlaku.

Tujuan terciptanya blog ini adalah sebagai medium bagi para pelajar tingkatan enam yang berada di SMKA Sultan Muhammad@As-Sulton.Tidak kiralah para pelajar lelaki mahupun perempuan anda semua digalakkan memberi segala pandangan,ilmu,komen2,idea untuk manfaat kita bersama.Dalam masa itu kita dapt mengeratkan silaturrahim melalui blog ini.Semoga dengan kerjasama dan pendapat anda semua kita akan menjadi sebuah organisasi yang akan dicontohi oleh para pelajar lain dan menjadi organisasi yang kukuh dan mantop.

Walaupun Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) masih belum dibincang atau diiktiraf oleh pihak pentadbir,tetapi kita harus berusaha menjadikan impian kita menjadi realiti Insya-Allah.Dengan kerjasama tulus ikhlas dan komitmen yang diberikan maka tidak mustahil impian ini boleh dicapai,seperti konsep hijrah iaitu meninggalkan satu tempat menuju ke satu tempat yang lain atau sama ertinya dari baik ke lebih-lebih baik lagi.(negative to positive).

Harap semua pihak berpuas hati dengan tertubuhnya blog ini,sebarang kritikan amat dihargai sebagai menjadi cermin atas kesilapan diri yang serba lemah ini.Bekerja Kerana ALLAH.betulkan niat dan kerap muhasabah diri,insya -Allah.....Allah selalu membantu hamba-hambaNya yang sering memerlukan pertolongannya.Segala masalah dan kesilapan amat dikesali. ^_^