MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PPU SMK(A)SULTAN MUHAMMAD

Iklan-Iklan

Sunday, September 18, 2011

Menghormati Perbezaan Pendapat

Satu perkara yg memang dimaklumi umum bahawa Allah SWT  telah mengarahkan hamba-hambaNya disertai dengan larangan daripada berpecah belah.Ini telah dijelaskan dalam firman Allah yg bermaksud "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya".


Dalam membincangkan tentang ikhtilaf dan perpecahan,jangan kita lupa adab2 dan akhlak ketika berlakuntya perselisihan pandangan.

1.JANGAN MENCERCA DIANTARA 2 GOLONGAN YG BERBEZA PENDAPAT.
-jangan la kita mencerca sahabat2 kita atas pendapat yg berbeza sahaja keran kita tidak pasti lagi yg kita benar2 beriman,yg sgt kuas ilmu dan mempunyai akal yg lebih pintar drpd org yg kite cerca itu.

2.JANGAN SANDARKAN KEPADA ALLAH DAN RASUL IJTIHAD ULAMA.
 -Rasulullah mengingatkan para sahabat baginda agar jgn menyandarkanya kpd Allah dan rasul apabila melakukan sesuatu perbuatan yg tiada dalam nas syarak.Ibn Qayyim rhm. berkata"tidak harus bg seseorg berkata bg hukum hasil drpd ijtihad dia sendiri yg tidak ada nas yg sahih drpd al-Quran dan hadith;bahawa Allah mengaharamkan benda ini atau Allah mewajibkannya atau menghalalkannya atau ini adalah hukum Allah"(I'lam al-muwaqqin,jil.1 ,hlmn 44).

3.SUSAH MENJAGA LIDAH.
-ramai dalam kalangan kita menjaga setiap inci perbuatan kita seharian tetapi yg peliknya apabila bab2 membangkang atau mencerca kita org yg akan menonjol dgn pelbagai cercaan dan makian.Dimanakah kesilapan yg berlaku dan ini lah dinamakan susah menjaga lidah dari terus mencerca.Imam Ghazali pernah berteka teki akidah bersama anak muridnya,antara banyak benda2 di dunia benda apa yg tajam sekali,ada diantara murid2nya menjawab pedang dan sebagai nya dari aspek fizikal sahaja tetapi tersiratnya Imam Gahazali berkata LIDAH la yg plg tajam kerana dia dapat membunuh hati2 dgn gurisan yg amat mendalam sekali.

Respons Imam Malik?
-Khalifah Abu Ja'far al-Mansur mencadangkan kepada imam Darul Hijrah,Malik bin anas rhm. supaya menyebarkan kitabnya,Al-Muwatta' ke seluruh pelosok dunia dan agar menjadikannya pegangan umum(yakni tidak perlu menerima pandagan lain lagi).
Apa jawapan Imam Malik:
-"Wahai Khalifah!janganlah tuan melakukan sedemikian kerana orang ramai telah pun menerima pandangan-pandangan lain yang berbeza daripada para sahabat dan ulama lain.Mereka juga telah mendengar hadith 2 dan meriwayatkannya.Bagi setiap kaum ada pandangan2 ulama yang sampai kepada mereka serta telah lama beramal dengannya.Mereka juga telah memahi perkara khilaf,maka untuk memaksa mereka meninggalkan pegangan mereka(kpd al-muwatta')adalah sesuatu yg berat dan sukar.