السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرحمن الرحيم
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW semulia-mulia segala Nabi dan Rasul,dan ke atas ahli keluarga,seluruh sahabatnya dan tabi'en bagi mereka kebaikan hingga hari kiamat dan seterusnya.
Alhamdulillah,sudah beberapa post telah dibuat dan kini tampil membuat post lagi tetapi kali ini menampilkan perkongsian ilmiah dari sebuah kitab yang bertajuk Aqidah Ahli sunnah Wal Jama'ah karangan al-Muhadith Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Ar-Rembawi Al-Maliki,seorang tokoh ulama' yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan.Dan beliau juga pengasas Yayasan Sofa,Negeri Sembilan.
Dalam kitab ini beliau telah mengulas tentang Aqidah yang dipegang oleh Ahli Sunnah wal Jama'ah(ASWJ),seperti yang kita tahu dalam aqidah ASWJ ini mempunyai dua aliran iaitu Imam Abu Hasan Al-Asya'ari dan al-Imam Abu Mansur Al-Maturidi.Maka didalam kitab ini beliau telah mengulas peribadi seorang ulama' besar iaitu Imam Abu Hasan al-Asya'ari.Didalam kitab ini penulis telah memuatkan penulisan ilmu usuluddin tiga orang orang ulama' ASWJ yang terkenal iaitu al Allamah al Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani,al Allamah Muhammad Mukhtar ibn 'Atorid al Jawi al Boghori dan Hujjah al Islam Imam al Ghazali.Al Allamah al Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani adalah murabbi kepada al-Muhadith Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Ar-Rembawi Al-Maliki tidak mustahil lah beliau mempunyai dapat menghasilkan kitab sebegini yang penuh barakah ini.
Sebelum itu,mari kita mengenal sedikit biografi ulama' besar ini nama Abu Hasan al Asya'ari ialah Ali ibn Ismail ibn Abu Bisyr dan nama sebenar beliau ialah ishaq ibn salim ibn Ismail ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ibn Abu Musa Abdullah ibn Qais.Imam Abu Hasan al Asya'ari al Basri dilahurkan tahun 260 hijrah di basrah,Iraq setelah 55 tahun Imam As syafi'i.Beliau adalah pemimpin ASWJ,imam ahli-ahli kalam,pendokong sunnah rasulullah,pembantu agama yang mahir dan berjuang menjaga kesucian aqidah umat Islam. . SubhanAllah begitu besar perjuangan beliau terhadap Ad Din.
setelah menelaah kitab ini banyak juga ilmu yang telah saya dapat berdasarkan kitab yang penuh manfaat ini.Sebelum ini beliau adalah pendokong fahaman muktazilah,kebanyakan tidak mengetahui tentang ini tetapi dalam kitab ini berbicara mengenai beliau dari muktazilah ke ASWJ.Imam Abu Hasan Al Asya'ari berlainan dengan ilmuwan Islam yang lain,beliau dibesarkan oleh ayah tiri beliau iaitu Abu Ali Muhammad ibn Abdul Wahhab al Jubbaie,seorang ulama besar kaum muktazilah.Dikatakan beliau menjadi tokoh harapan fahaman muktazilah kerana sering diberikan tugas mewakili al Jubbaie didalam majlis2 perdebatannya selama 40 tahun.Lamakan beliau menjadi ahli debat mewakili al Jubbaie tetapi dengan kuasa Allah SWT dan Iradah Nya yang membantu agama hamba2 Nya,Imam Abu Hasan al Asya'ari menghilangkan diri selama lima belas hari daripada bersemuka dengan orang ramai bukan sebab kalah dalam perdebatan atau apa tetapi sesuatu kemusykilan yang tiada jawapam.
Dalam masa 15 hari itu beliau telah mendapat taufiq dan hidayah dari Allah SWT untuk membela umat Islam dalam membetulkan aqidah yang sebenar-benarnya yang di akui oleh jumhur ulama' seperti Syeikh al Islam Ahmad ibn Hajar al Asqalani(seorang syeikh pakar hadith yang tidak boleh dipertikaikan lagi)dan juga pengarang kitab Fath al Bari a'al syarh al Bukhari selain itu Imam Nawawi,pengarang Syarah Sohih Muslim.
Selepas itu,beliau pun keluar dan menuju ke sebuah masjid di Basrah,lalu menaiki membar dan berkata:
'Wahai sekalian manusia !sesungguhnya saya menghilangkan diri daripada kalian selami ini untuk memikirkan dan mencari dalil-dalil sehingga tidak nyata kepada saya antara kebenaran dan kebatilan.maka saya memohon petunjuk dari Allah SWT,dan Allah telah menunjukkan kepada saya aqidah yang saya abadikan didalam kitab saya ini.Saya telah menanggalkan semua aqidah yang saya percayai selama ini,sebagaiman saya menanggalkan baju yang saya pakia ini'
Lalu beliau menanggalkan pakaian yang dipakai oleh beliau dan dilemparkannya.Kemudaian beliau menyerahkan kitab2 yang ditulis di bawah Aqidah Ahli Sunnah kepada orang ramai.Sekian itu perjalan seorang tokoh ilmuwan Islam meninggalkan fahaman yang beliau dokong selama 40 tahun setelah Allah menghendaki hamba Nya itu mendapat taufiq dan hidayah,tiada yang mustahil bagi Allah dan tiada apa yang dapat menghalang Nya atau memudaratkan Nya .. ALLAHU AKBAR~
Setelah itu,di dalam buku ini ada menceritakan perdebatan antara Imam Abu Hasan al Asya'ari denngan ayah tiri beliau Abu Ali Muhammad ibn Abdul Wahhab al Jubbaie????..akan disambung lagi dalam post lain. . Insya Allah~