MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PPU SMK(A)SULTAN MUHAMMAD

Iklan-Iklan

Thursday, August 23, 2012

pENGAJIAN AM(900) Tips/Panduanakhir untuk peperiksaan : BAHAGIAN A/ BAHAGIAN B

-Untuk Bahagian A/B, pelajar perlu berhati-hatidengan kehendak soalan. Jangan terburu-buru menjawab. Langkah berikut perludiikuti : 1. Pilih soalan yang betul-betul pelajar yakindapat jawab dengan baik (senang mendapat idea dan membuat huraian) 2. Baca soalan dengan sepenuhnya (lengkap), dalamidan kenalpasti perkataan yang dapat membantu pelajar. Ingat konsep PUKAL(PUNCA, KESAN DAN LANGKAH) . Ini yang biasanya pelajar akan diuji. 3. Ambil masa 2-3 minit untuk merangkap poin-poinsebelum menulis karangan. Setelah yakin dengan rangka (poin) mulalah menulisdengan memberi tumpuan sepenuhnya. -Karangan pelajar mestilah : 4. 6 perenggan : 1 perenggan Pengenalan, 4perenggan idea/huraian dan 1 perenggan kesimpulan. 5. Setiap perenggan 60-70 patah perkataan. 6. Tumpukan bahagian idea/huraian , gunakan konsepICU (Idea @ lanjutan idea, Contoh dan Ulasan ) berpandu kehendak soalan. -PASTIKAN LARAS BETUL. SASTERA UNTUK SASTERA DANSAINS UNTUK SAINS Dalam laras sains, idea seperti KEMPEN, SEMINAR, CERAMAH, HUKUMANDENDA/PENJARA, IKLAN, PENDIDIKAN sama sekali tidak boleh digunapakai. BAHAGIAN C -Anggaplah bahagian ini bonus untuk pelajar.Bukan cikgu maksudkan mudah sehingga pelajar tidak kisah. Kerana itulah pelajartidak harus mensia-siakan Bahagian C. -Pelajar perlu : 7. Untuk soalan (i), pastikan dalam satu ayatsahaja. JANGAN disalin daripada petikan. Boleh ubahsuai ayat/perkataan. 8. Untuk soalan (ii), berikan 2 isi sahaja. Fokuskepada huraian. Setiap isi perlu dihurai dengan ringkas dan padat. -Ingat. Pastikan laras yang betul dan jumlahperkataan jangan melebihi 55 patah perkataan. Jangan juga terlalu kurang,pelajar akan kerugian markah. BAHAGIAN D Tips : KATAKUNCI 9. Graf Garis – menunjukkan PERUBAHAN, ALIRAN ,PERGERAKAN, TURUN NAIK, PASANG SURUT atau apa-apa yang menunjukkan keadaan turnnaik/pergerakan. -Perkataan JUMLAH untuk garis komponen, tanpaJUMLAH garis kompaun. -Komponen perlukan ruang nilai tambah dalamjadual. 10. Graf Bar – selain daripada kata-kunci di atas,termasuk dalam graf bar. -Perkataan JUMLAH untuk bar komponen, tanpaJUMLAH bar kompaun. -Komponen perlukan ruang nilai tambah dalamjadual. 11. Graf bar gabungan (gabungan graf bar dan garis) -Ada dua kehendak soalan dan dihubungkan denganKata Hubung seperti DAN, SERTA. -Dalam petikan terdapat 2 pemboleh ubah berbeza @unit berbeza. -Perlukan 2 jadual @ 1 jadual yang digabungkan. BAHAGIAN E 12. JADUAL/ CARTA/GRAF -Untuk jadual ada 3 soalan boleh dikemukakan : 13. Pola perubahan……. Menunjukkan perubahan, aliran, pergerakan, Idea-Pelajar menerangkan pola keseluruhan,peningkatan, penurunan dan tidak stabil. Huraian- huraikan perubahan data (daripada jadual)dan perubahan nilai dan peratus (pelajar perlu kira) Huraian sebab – Nyatakan perubahan bagi setiap polaperubahan tersebut. 14. CARTA ALIRAN -Untuk carta aliran, lihat pergerakan anak panah(di mana bermula dan berakhir) -Nyatakan 4 isi sahaja berserta huraianberpandukan maklumat yang diberikan kecuali carta proses/peringkat perludihuraikan semua proses/peringkat. Di haraptips ringkas ini akan dapat membantu pelajar menghadapi ujian yang akan datang.Ingatlah usaha yang berterusan akan mendatangkan kejayaan bukannya usaha yangsedikit tetapi mengharapkan kejayaan luar biasa.