السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Majlis Peperiksaan Malaysia akan memperkenalkan satu sistem modular bagi menggantikan sistem penggal Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menjelang 2011, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata sistem modular yang berasaskan kepada tiga semester adalah serupa seperti sistem di universiti, dengan pelajar hanya perlu menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding dengan sistem penggal, pelajar perlu mengingati fakta yang dipelajari dari Tingkatan Enam Bawah sehinggalah ke hari terakhir mereka di Tingkatan Enam Atas.
"20 hingga 30 peratus akan berasaskan kepada tugasan kursus atau projek dan penilaian lain di samping kerja amali.
"Dan 70 hingga 80 peratus adalah berasaskan peperiksaan pusat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Khamis.

Sumber:www.bharian.com.my
Kepada calon Stpm 2012,mereka adalah batch terakhir dalam mengambil peperiksaan STPM terminal.Selepas ini para pelajar tingkatan enam bawah seterusnya akan terus mengikuti sistem modular yang telah dirancang oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia.Sistem modular mempunyai 3 penggal dalam tempoh pengajian dan para pelajar hanya menumpukan modul-modul pada setiap penggal sahaja.Cara ini serupa dengan penggunaan sistem penggal di universiti.
maklumat lanjut :- http://www.mpm.edu.my