Assalamualaikum to all readers...
alhamdulillah
masih ada lagi kesempatan untuk saya hendak berblogging di sini...
hmm..
entry pada kali ini adalah berkaitan dengan sebuah kisah yang saya copy dari seorang hamba Allah..yang mana kisah ini berlaku pada zaman imam Hambali..
insyaallah...
sama-sama kita baca dan dapat ambil iktibar...
Kisah muamalat Seorang wanita Solehah:
seorang wanita muda masuk ke masjid menemui Imam Hanbali pada
zamannya lalu dia
berkata, "Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisahku ini semoga
diriku dan
dirimu
mendapat keampunan Allah. Sesungguhnya saya ni seorang wanita
yang miskin, saya tak
punya apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya
sungguh melarat
sehingga kami tak punya lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara
kehidupan kami
empat beranak, saya bekerja memintal benang pada waktu malam dan
menjualnya di pasar pada siang hari."
"di manakah suami kamu?"tanya Imam
Hanbali."suami saya gugur syahid apabila
bertempur dengan Khalifah Al-Mustakim yang kejam dan zalim. Sejak
itu hidup kami melarat", jawab wanita itu
Wanita itu menyambung, "Disebabkan rumah saya tak ada lampu,
maka saya terpaksa
menunggu sehingga bulan mengambang, maka barulah saya dapat
memintal benang. Pada
suatu malam, ada kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah
bermalam berhampiran
dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga
kawasan rumahku
menjadi terang-benderang. Aku mengambil kesempatan untuk bekerja
memintal benang di
bawah cahaya lampu mereka. Persoalanku adalah apakah wang
hasil jualan
benang yang dipintal olehku daripada cahaya lampu milik kafilah
itu halal
untuk aku gunakan?" Imam Hanbali merasa kagum mendengar cerita
wanita
itu lalu bertanya, "Siapakah kamu
wahai wanita muda yang begitu mengambil berat akan hukum agama
di saat
umat Islam lalai dan kikir terhadap harta mereka?" wanita itu
menjawab dia
adalah adik perempuan kepada seorang Gabenor yang
Imam Hanbali kenali iaitu Gabenor yang sangat beriman dan beramal
soleh. Imam Hanbali
menangis terkenang akan Gabenor yang sangat baik itu. Setelah
tangisannya reda, maka
Imam Hanbali berkata, "Sesungguhnya aku amat takut akan azab
Allah, kerana itu berilah
aku masa untuk menjawab pertanyaan kamu. Pulanglah ke rumah dan
esok kamu datang
lagi ke sini." Malam itu Imam Hanbali berdoa, bermunajat serta
memohon
petunjuk dari Allah. Esoknya wanita itu kembali ke masjid untuk
mendapatkan jawapan yang dijanjikan.lalu
berkata Imam Hanbali, "Wahai wanita yang solehah, sesungguhnya
kain penutup wajah
yang kamu pakai itu adalah lebih baik daripada serban yang aku
pakai. Sesungguhnya kamu
seorang wanita yang berhati luhur, bertaqwa dan penuh rasa takut
kepada Allah. Berkenaan
pertanyaan kamu semalam, sekiranya kamu tidak mendapat izin
daripada
rombongan kafilah dagang itu, maka tidak halal bagimu menggunakan
wang hasil jualan itu
Wanita itu berasa sangat susah hati selagi tidak mendapat keizinan
daripada rombongan
kafilah dagang. Wanita itu sanggup menemui mereka seorang
demi seorang bagi
mendapatkan keizinan. Berita tentang wanita itu sampai ke
pengetahuan Khalifah Al-
Mutawakkil (khalifah baru) dan baginda begitu kagum dengan wanita
itu lalu
memberinya wang sebanyak 10,000 dinar. Wanita itu menemui imam
Hanbali
sekali lagi lalu bertanya mengenai wang yang
dihadiahkan khalifah itu apakah halal dia menggunakannya. "Khalifah
juga pernah
memberikan wang kepada aku sebanyak itu, tetapi aku sedekahkan
kepada fakir miskin
yang aku temui di jalan", jawab Imam Hanbali. Wanita itu pun
memberikan wang tersebut
kepada fakir miskin dan hanya mengambil sedikit sahaja dari wang itu
untuk membeli
lampu bagi menerangi rumahnya.
Subhanaallah...
begitu mulia sekali akhlak wanita tersebut sehingga imam Hambali sendiri berasa kagum dengan akhlak wanita tersebut...
tapi..
pernahkah kita terfikir wahai readers sekalian..
kadang-kadang kita terlalu mengambil mudah dengan semua perkara yang melibatkan muamalat dengan orang disekeliling kita...
insyaallah..
semoga dengan kisah tersebut kita dapat ambil iktibar dan pengajaran
akhirul kalam
yang baik itu datang daripada Allah...
manakala yang buruk itu datang daripada diri ini yang penuh khilaf ini
yang baik kita jadikan sebagai panduan dan pedoman
manakala..
yang buruk..
kita jadikan ia sebagai benteng dan sempadan dalam kehidupan ini
semoga berjumpa lagi dan
selamat beramal
(^_^)V