Alhamdulillah kerana pada kali ini....saya berkesempatan untuk membuat satu lagi perkongsian ilmu...
pada kali ini...
sebuah perkongsian ilmu mengeai perbualan Imam al-Ghazali dengan anak lelakinya dalam bersahabat...
seperti yang kita tahu...
sahabat selalunya memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu khususnya para remaja..
jika sahabat itu seorang sahabat yang baik , maka baik dan berbahagialah kehidupan individu yang bersahabat dengannya..
begitu juga dengan sebaliknya...
... persahabatan merupakan salah satu daripada rencah kehidupan ini.. tanpa sahabat..seseorang itu akan terkapai-kapai dalam mencari arah kehidupan...
tetapi...
jika kita salah pilih sahabat..
binasa kehidupan kita..
dalam al-Quran ,Allah SWT telah berfirman
"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)
hal ini telah pun turut diingatkan oleh junjungan besar kita ,Rasulullah SAW agar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan...
Sabda Baginda SAW...
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Sabda Baginda SAW lagi...
"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

Seterusnya Baginda SAW bersabda dalam hadis yang lain..
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad
oleh itu tanpa membuang masa..jom kita hayati kisah perbualan antara Imam al-Ghazali dengan anaknya ini....
semoga sama-sama kita hayati kisah ini..
“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku,
sekiranya engkau berasa
sekiranya engkau berasa
perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau
memilih orang yang
memilih orang yang
sifatnya seperti berikut:
1.jika engkau berbakti kepadanya , dia akan melindungi kamu.
2.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya , dia akan
membantu kamu.
membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan
menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas
balik persahabatan kamu.
5.Jika Engkau merancangkan sesuatu , nescaya dia akan
membantu kamu.
6.Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripda kamu , dia akan
menutupnya
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia
akan menghargai atau
menyebut kebaikan kamu.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu
akan teringat akan
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu
akan teringat akan
Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat
gerak-gerinya teringat
gerak-gerinya teringat
akan kematian…
alhamdulillah..
subhanaallah..
begitu indahnya dalam sebuah perhubungan yang digelar persahabatan ini..
cuma..satu pandangan daripada saya..
kita hendak mencari seorang sahabat yang terbaik ...yang sejati... memang sukar...
tetapi..
alangkah baiknya jika kita cuba mulakan dengan diri kita sendiri untuk menjadi seseorang sahabat yang terbaik untuk insan yang lain...
insyaallah..
sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah..
manakala..
yang buruk itu datang daripada diri saya selaku hambaNya yang serba kekurangan ini...
yang baik kita jadikan tauladan dalam melayari bahtera kehidupan ini...
manakala..
yang buruk sama-sama kita jadikan ia sebagai perisai dan sempadan dalam kehidupan kita sebagai hambaNya di atas muka bumi ini..
selamat beramal...
Ma'assalamah wa ilalliqa'